Bagaikan satu kebetulan, kisah 'Tiga Abdul - Evergreen In Black & White' merupakan antara posting terawal saya dalam blog 'sakaidana'. Malam ini, TV2 menyiarkannya semula dan saya sedang tercari-cari cerita baru untuk 'Bangau O Bangau'. Pastinya tiada yang lebih baik daripada Tiga Abdul.
Tiga Abdul - cerita manusia gila harta. Gila harta, belit membelit - namun siapa membelit siapa? Ular dalam kisah Bangau O Bangau? Bukan, bukan sang ular tetapi 'kita' yang bergelar manusia. Kita mudah lupa, kita mudah leka dan kita mudah gila kerana harta.
Di sebalik alasan kegilaan kita, keadilan atau ketidak-adilan pula menjadi perhitungan. Siapa adil, siapa tidak. Tetapi bila gila sudah menguasai diri, tiada lagi keadilan di mata. Gila tetap gila.
Fikirkan ...
No comments:
Post a Comment