Monday, March 23, 2009

Engkilili di Matu

Lubok Antu, pastinya menjadi sebutan ramai di Sarawak pada ketika ini. Mana tidaknya, pilihanraya kecil bagi kawasan N.29 Batang Ai akan diadakan tidak lama lagi. Panas dan masing-masing menyatakan keyakinan untuk menang. Dan yang menariknya ialah kedua-dua calon yang telah diumumkan datangnya dari Engkilili. Engkilili, satu nama yang sangat dekat dengan saya kerana pernah berkhidmat di Daerah Kecil berkenaan selama 5 tahun. Dan pilihanraya kecil yang bakal diadakan pasti akan menarik perhatian saya kerana kedua-dua calon yang telah diumumkan adalah kenalan saya.

Tetapi biarlah cerita pilihanraya diputuskan oleh pengundi yang bijaksana. Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah berkenaan pokok yang bernama 'engkilili'. Pokok engkilili merupakan asal-usul nama Pekan Engkilili dan kini masih banyak terdapat di Engkilili. Dan saya terkejut menemui pokok engkilili di Matu. Bagaikan kembalikan ke Pekan Engkilili.

Pertemuan saya dengan 'engkilili' ketika lawatan semasa banjir yang melanda Matu pada bulan Jan - Feb 2009 yang lalu.

Buah anggur Sarawak, pahit (kelat??) tetapi boleh dimakan ... khasiatnya, tak pasti. Mungkin ada yang lebih tahu, boleh kongsikan ...

2 comments:

  1. hello bro...di narub, batang oya Ulu Dalat (bahagian Mukah juga) (kalo tak silap ingat lah...) ada juga buah yang sama, saya terjumpa semasa lawatan kerja pada tahun 2007...namanya sama...saya pun dah rasa...adalah juga kelat dikit tapi nyaman juak..

    ReplyDelete
  2. ini buah orang matu panggil 'buak kelili'. depan rumah aku kat kpg treng sekaan matu ada ditanam. asal berbuah je bila masak ranum org kebas masa lalu lalang. memang buah ni menjadi tarikan dan kegemaran. yang peliknya kt tempat lain takde pun pokok engkilili nie. maybe buleh dikatakan salah satu tumbuhan ajaib di malaysia.

    ReplyDelete