Tuesday, July 21, 2009

Songket Kampung Rajang

Tidak ramai yang mengetahuinya. Bahkan tidak ramai yang pernah mendengarnya. Pusat Tenunan Songket Kampung Rajang di Daerah Kecil Belawai dalam Daerah Daro, Bahagian Mukah sudah beroperasi sejak tahun 1991. Industri yang diusahakan oleh Kumpulan Tenun Kpg Rajang ini diketuai oleh Puan Hjh. Sa'anah bt Hj Suhaili.

Bermula dengan tenunan di rumah kampung secara kecil-kecilan sehinggalah kini beroperasi di dua buah bangunan yang amat selesa. Pusat Tenunan Songket Kpg Rajang kini mempunyai 22 buah 'rumah' (istilah untuk kerangka menenun) di dalam dua buah bangunan yang dimiliki sekarang. Setiap helai songket berukuran 2 - 2.5 meter memerlukan masa selama kira-kira satu bulan untuk disiapkan.


Bangunan utama Pusat Tenunan Songket Kpg Rajang di samping sebuah lagi bangunan di sebelahnya.

Sebahagian daripada 'rumah' di bangunan utama.

Hanya jari pakar yang maha mengetahui untuk mencorakkan bunga yang cantik

Kombinasi kerja tangan dan kaki menghasilkan kain songket yang cantik

Antara produk sampingan daripada kain songket, sesuai dijadikan sebagai cenderamata

Ruang tenunan yang selesa

Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Mukah, Encik Mohd. Junaidi 'terpikat' dengan pilihannya

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan salah seorang penenun, makcilk yang sangat ceria orangnya.

Antara pelawat luar negara yang pernah datang ke Pusat Tenunan ini diabadikan dalam Buku Pelawat ini.

Bagi anda yang berminat, pusat tenunan ini boleh dihubungi di alamat berikut, terutamanya untuk urusan tempahan dan maklumat harga.

Pusat Tenunan Songket Kampung Rajang,
Kampung Rajang,
96150 Belawai,
Mukah, Sarawak.

Tel: 084-612246 / 612322

9 comments:

  1. aih..mek lom g sia gik..hhehe

    ReplyDelete
  2. Kampung Rajang adalah Kampung asal keluarga saya.Rasanya sudah sekian lama saya tidak menjejaki kaki di sana. Bangga kerana sebuah Kampung yang agak terpencil kini sudah memiliki Pusat Tenunannya sendiri.Mungkinkah tenunan ini setanding dengan kualiti tenunan songket Terengganu dan lain-lain negeri di Semenanjung.

    ReplyDelete
  3. Utk makluman puan, semasa lawatan saya ke pusat berkenaan tempoh hari, mereka sedang sibuk menyiapkan tempahan untuk Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung di Kuching. Hmmm...pasti tinggi kualitinya.

    ReplyDelete
  4. Maka akan dipromosikan semasa Karnival Inovasi dan Kreativiti yang akan diadakan di Kuching Minggu depan?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana menulis tentang Songket Rajang. Hjh Saanah is my aunty. Nice blogs you having here. I have visited the other one too. Wish you all the best Mr. Philip.

    ReplyDelete
  6. Thanks Pn Rosmawati. Your support is very much appreciated. Wishing Songket Rajang all the best, too...

    ReplyDelete
  7. saya anak rajang turut bangga dengan kain songket rajang. sepanjang ingatan saya pada masa dahulu ada seorang tua yang pakar dalam tenunan songket ni. beliau tinggal di kampung hilir rajang dan sekarang rumahnya hanya tinggal tiang sahaja kerana anak perempuan beliau telah mengikut suaminya dan tinggal di tempat lain.kalau tak silap saya nama nenek tua ni kami panggil nek awa......lama dah meninggal

    ReplyDelete
  8. TQ for promoting my kampung and the songket. but, few people are not aware that our kampung was once an administrative centre during the colonial time. unfortunately some of the buildings no more exist due to erosion by the sea and the only building left are the old clinic (now library), cantin or maybe part of the tennis/badminton court next to the old clinic...

    ReplyDelete