Wednesday, April 15, 2009

Terima Kasih, Matu

Terima kasih, Matu. 6 bulan yang lalu saya datang ke pekan kecil ini sebagai orang asing (bukan tanpa izin hah!!). Pekan Matu, satu nama yang masih agak asing bagi sesetengah orang luar. Sayapun cuba untuk memperkenalkan Matu kepada dunia luar melalui beberapa posting saya yang lalu. Semoga ianya dapat memberikan sedikit maklumat bagi memperkenalkan pekan kecil ini.

Namun saya terpaksa (bukan dipaksa atau istilah-istilah yang sama erti dengannya) meninggalkan Matu. Esok, 16 April ialah hari rasmi saya yang terakhir di Matu, sebagai warga kerja di sebuah bangunan yang amat unik bentuknya - Pejabat Daerah Matu.


Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua warga Matu kerana telah memberikan 6 bulan yang penuh kenangan dan pengalaman kepada saya. Banjir memberikan saya banyak ilmu baru. Banjir bukan kekangan tetapi satu kekuatan.


Memandang sesuatu dari jarak yang lebih jauh serta sudut yang berbeza mampu memberikan pengertian yang lebih tepat mengenainya. Begitulah juga bila saya melihat bangunan Pejabat Daerah Matu dari jarak dan sudut ini. Ia bagaikan sebuah jantung di kelilingi saluran darah yang mengalirkan tenaga dan semangat ke dalam bumi Matu.

Mulai 17 April 2009, aktiviti-aktiviti Pesta Kaul Mukah akan bermula sehinggalah ke kemuncaknya pada 25 April dan berakhir pada 26 April. Di situlah nanti saya akan mula mempelajari tugas dan tanggungjawab baru saya.

Mari, mari, mari!!! Datanglah ke Pesta Kaul Mukah 2009 dan anda pasti akan mengkaguminya. Mari, mari, mari!!!


1 comment:

  1. Terima kasih kerana membuat catatan blog berkenaan Matu. Sekurang-kurangnya dapat juga melihat kembali perkembangannya dari jauh :)
    Saya pernah bertugas hampir 4 tahun di sana dan melihat banjir besar 2 hingga 3 kali. Sememangnya pengalaman tinggal di Matu Daro mengajar saya pengalaman yg tidak boleh dinilai dgn wang ringgit.

    ReplyDelete