Thursday, April 30, 2009

Bunga Gupa


Sekadar untuk mengakhiri April, saya tertarik dengan bunga 'gupa' (sejenis jambu yang sedang berbunga sekarang ini). Saya tidak pasti namanya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris tetapi dalam dialek Melanau, ia akan menjadi buah 'gupa'.

Sengaja saya rakamkan bunga ini bagi mengingati Apak yang dikasihi kerana di bawah pokok inilah Apak sering duduk santai.... .

Tuesday, April 28, 2009

Kaul Mukah 2009 - Kenangan Untuk Apak

Kaul Mukah 2009 sudah berakhir pada 26 April yang lalu. Suasana meriah pesta sejak 18 April yang pastinya berlanjutan hingga ke hari terakhir Kaul tidak sempat saya alami sepenuhnya. Aktiviti 19 April hanya dapat saya ikuti pada sebelah pagi sahaja. Berita menyedihkan dari Kpg. Sg. Kut Muara - pemergian Apak yang dikasihi buat selama-lamanya jam 1.15 tengahari telah mengubah segala-galanya bagi saya. Hasrat untuk merakamkan sebanyak mungkin gambar kenangan Kaul telah bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya gambarkan.

Namun apa yang sempat saya rakamkan perlu saya kongsikan.

Pertandingan Ayam Serama menarik perhatian ramai

Hanya jauhari yang mengenal manikam - mencari yang terbaik

Gaya 'seorang' juara

Peserta Safari Memancing kembali dengan hasil tangkapan

Pertandingan Menghias Akuarium untuk kanak-kanak sekolah

Salah satu acara Mr & Miss Jerd - makan ulat mulong hidup
(Fear Factor Kaul)


Sukan Rakyat - menyumpit, gaya mahu ada

Pertandingan Asin

Pertandingan Tarik Tali

Gerbang utama ke Tapak Pesta Kaul - unik

Satu kemestian - tibou

Kenangan untuk Apak
' Bagaikan cahaya di puncak sebuah gerbang kehidupan '


Saturday, April 18, 2009

Kaul Mukah 2009 - Aktiviti 18 April

Aktiviti bagi Pesta Kaul Mukah 2009 sudah bermula dan Bandar Mukah sudah mula berpesta. Antara aktiviti yang sudah dijalankan pada hari ini (18 April) termasuklah Mukah Beach Triathlon, Safari Memancing, Pertandingan Gubahan Masakan Laut & Membuat Umai, Pertandingan Memancing Tebingan Sungai, Basikal Ria & Kreterium Mukah dan beberapa lagi.

Hari pertama dan segalanya sudah mengkagumkan ...

Acara pertama bagi Mukah Beach Triathlon
- peserta sampai di pengkalan setelah berenang 750 m


Acara kedua - berbasikal sejauh 20 km

Syabas! KPD Dalat DSP Martin Khoo turut mengambil bahagian

Seterusnya, berlari sejauh 5 km

Tercedera ketika berbasikal namun tetap sampai ke garisan penamat.
Dan pihak JPAM sentiasa bersedia untuk membantu

Tahniah bagi yang menang

Pemenang ambil hadiah, jurugambar ambil gambar

Pertandingan Gubahan Masakan Laut dan Membuat Umai

Para hakim yang arif dan bijaksana

Safari Memancing

Bersedia untuk pergi ke laut dan perlu balik sebelum jam 12.00 tengahari 19 April bagi membolehkan tangkapan dihakimi

Bagi yang tidak pergi ke laut, hanya perlu memancing di tebingan sungai

Kreterium Mukah - peserta lelaki 10 pusingan di Dataran Pehin

Peserta wanita - 5 pusingan

Keletihan, berehat dari kepanasan matahari

Gerai jualan turut dibuka di Tebingan Mukah

Orangramai menyaksikan Pertandingan Karaoke dan Poco-poco di Tebingan Mukah

Aksi poco-poco

Jurugambar, bukan koboi. Sentiasa mencari sudut terbaik.
Keep it up, Kris!


Golongan kurang upaya tidak ketinggalan untuk sama-sama dalam kemeriahan Pesta Kaul