Thursday, May 21, 2009

Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) IPT 2009 di Kampung Medong

Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pusat GIATMARA Mukah telah menyertai Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) IPT 2009 yang diadakan di Kampung Medong, Dalat dari 15 - 17 Mei 2009 yang lalu.

Program anjuran bersama Pejabat Daerah Dalat dengan Pejabat Belia dan sukan Bahagian Mukah turut melibatkan penduduk setempat yang menjadi keluarga angkat kepada para peserta. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berkenaan termasuklah Sembang Belia, Senam Seni, Gotong-royong, Sukaneka dan Malam Kebudayaan.


Majlis Penutupan dan penyerahan balik anak angkat telah dilakukan pada 17 Mei 2009 bertempat di Dewan Terbuka, SK St. John, Medong.


Bersama Pegawai Daerah Dalat, Encik Yussibnosh Balo,
Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Khalid Hamid,
Pemanca Henry Eli dan Penghulu Gregory Buji


Majlis penyerahan balik anak angkat

Menanam pokok tanda kenangan oleh para peserta
- menabur budi, meyemai bakti


Gambar kenangan bersama peserta

Semoga Program berkenaan dapat mewujudkan sumber tenaga manusia yang sentiasa boleh diperbaharui! Biar hujan datang mencurah, biar panas datang membara, namun kita tetap bersedia menghadapinya.

2 comments:

  1. Iya kita harap semoga program seperti memberi manfaat dalam membina masyarakat yang berkualiti.
    Salam blog daripada TINTAJAMIL.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan begitulah. Salam blog buat TINTA JAMIL

    ReplyDelete